Majlis Senator Malaysia telah menganjurkan Program Retreat pada 30 November 2025 (Ahad), bermula jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang, bertempat di Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands, Pahang.
Program ini menghimpunkan Ahli-ahli Majlis Senator Malaysia bagi sesi perbincangan dan perkongsian pandangan dalam usaha memperkukuh hala tuju strategik, mempererat kerjasama serta memperkasakan peranan Majlis Senator Malaysia di peringkat nasional.
Video rasmi ini merakamkan sorotan utama sepanjang program berlangsung, termasuk sesi-sesi utama, interaksi peserta dan suasana keseluruhan Program Retreat Majlis Senator Malaysia 2025.

No responses yet