Kuala Lumpur, 3 Ogos 2026 — Majlis Senator Malaysia (MSM) hari ini telah menyempurnakan Mesyuarat Ahli Majlis Eksekutif (AME) yang dipengerusikan oleh Presiden MSM, YBhg. Dato’ Sri (Dr.) Khairudin Samad, bertempat di Bangunan Parlimen Malaysia.
Sesi perbincangan ini memfokuskan kepada penetapan haluan strategik persatuan serta pemantapan fungsi dewan dalam mendokong tadbir urus negara yang berkesan.
Antara intipati utama yang digariskan oleh YBhg. Dato’ Sri (Dr.) Presiden:
- Tadbir Urus & Semak Imbang: Menegaskan komitmen Majlis Senator dalam memastikan kualiti perundangan serta dasar-dasar negara sentiasa berada di tahap tertinggi demi kemakmuran rakyat.
- Perancangan Strategik Organisasi: Menyusun semula pelan tindakan dan program utama MSM bagi memantapkan penyampaian perkhidmatan ahli-ahli Senator secara holistik.
- Penterjemahan Aspirasi Rakyat: Menggembleng kepakaran serta pengalaman barisan Senator untuk dijadikan input berharga kepada kerajaan dalam mendepani cabaran sosioekonomi semasa.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh AME yang hadir atas komitmen serta sumbangan idea yang berwawasan. Di bawah kepimpinan YBhg. Dato’ Sri (Dr.) Khairudin Samad, MSM akan terus kekal sebagai institusi yang responsif, berprinsip, dan berimpak tinggi.















No responses yet