The Council of Malaysian Senators

LAWATAN KERJA RASMI MAJLIS SENATOR MALAYSIA KE MENARA PNB MERDEKA 118

KUALA LUMPUR, 18 September 2026 – Majlis Senator Malaysia (MSM) telah mengadakan Lawatan Kerja Rasmi ke Permodalan Nasional Berhad (PNB) di Menara Merdeka 118, yang diketuai oleh Presiden Majlis Senator Malaysia, YBhg. Dato’ Sri (Dr.) Khairudin Samad.

Lawatan yang disertai seramai 43 orang delegasi Majlis Senator Malaysia ini memberi peluang kepada barisan kepimpinan dan ahli MSM untuk mendapatkan penerangan secara langsung mengenai peranan, perkembangan serta hala tuju PNB dan kumpulan syarikatnya, di samping memahami dengan lebih dekat sumbangan institusi berkenaan terhadap pembangunan ekonomi dan pelaburan negara.

Delegasi MSM telah diberikan taklimat mengenai PNB oleh Ybhg Dato Rizal Rickman Ramli, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Encik Fadzihan Abbas Mohamed Ramlee, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Eksekutif ASNB, diikuti taklimat mengenai ASNB oleh Encik Azizul Fitri bin Abd Aziz, Ketua Segmen ASNB.

Turut disampaikan ialah taklimat mengenai Presint Merdeka 118 oleh YBhg. Dato’ Ir. Ts. (Dr.) Izwan Hasli Mohd Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif PNBMV, yang memberi gambaran lebih dekat mengenai pembangunan Merdeka 118 sebagai salah satu mercu tanda ikonik negara.

Dalam ucapannya, Presiden Majlis Senator Malaysia, YBhg. Dato’ Sri (Dr.) Khairudin Samad, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak PNB atas sambutan mesra, kesudian menerima delegasi MSM serta perkongsian ilmu dan maklumat yang amat bermanfaat sepanjang lawatan tersebut.

Lawatan ini turut menjadi platform yang bermakna untuk bertukar pandangan, memperkukuh hubungan serta meningkatkan kefahaman mengenai peranan strategik PNB dalam Eko sistem ekonomi dan pelaburan Malaysia.

Delegasi seterusnya berpeluang mengadakan lawatan ke Aras 118 Merdeka 118 sebelum sesi bergambar berkumpulan sebagai penutup program.

Majlis Senator Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Permodalan Nasional Berhad (PNB), ASNB dan PNB Merdeka Ventures atas layanan serta perkongsian yang diberikan sepanjang lawatan kerja rasmi ini.

Majlis Senator Malaysia

Menghubung Pengalaman, Memperkasa Sumbangan kepada Negara

CATEGORIES:

Uncategorized

Tags:

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *